fbpx
PERKONGSIAN swafoto Shaheizy Sam bersama Syatilla yang mengundang kecaman netizen.

Syatilla Melvin pegang apa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam sering dicop sebagai suami isteri yang mempunyai perangai ‘gila-gila’ memandangkan mereka gemar melakukan perkara di luar kotak pemikiran manusia lain.

Terbaharu, pasangan itu sekali lagi menarik perhatian ramai menerusi sekeping gambar yang dimuat naik Sam dalam Instagram.

Foto tersebut memaparkan Sam sedang berswafoto bersama Syatilla di sebuah lokasi pengambaran.

Namun, apa yang tidak sedap mata memandang ialah aksi yang dilakukan Syatilla sehingga ramai yang meminta bintang Polis Evo itu untuk memadam gambar tersebut.

Menurut netizen, Syatilla dilihat melakukan aksi yang dikatakan tidak senonoh dalam foto tersebut kerana memegang payudaranya. Mizz Lahar tidak nafikan bahawa aksi tangan Syatilla dilihat seakan-akan memegang bahagian dadanya.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada tohmahan yang dilemparkan netizen itu benar atau Syatilla hanya memegang bajunya.

Bahkan, setakat ini Sam masih tidak memadam gambar tersebut meskipun digesa ramai.

Bagi Mizz Lahar, bagus juga sikap netizen. Setidak-tidaknya mereka menegur mana baik dan mana yang buruk.

Ya, mungkin niat Sam hanya untuk berkongsi momen dan saat gembira bersama si isteri tetapi lain pula yang ditafsir oleh netizen.

Lagi satu, Syatilla juga perlu berhati-hati ketika ingin bergambar. Aksi begitu mungkin biasa-biasa sahaja bagi pandangan mata sendiri tetapi berbeza pula pendapat ribuan netizen yang melihat foto tersebut.

Nasihat Mizz Lahar, hati-hati, jangan sampai memakan diri atas sebab yang dilakukan sendiri ya. Ewah, macam berpantun pula.

MIZZ LAHAR: Harap Zulin Aziz dan Chacha Maembong bersabar dengan segala fitnah yang dilemparkan netizen. Orang cantik memang banyak dugaan.

BERITA BERKAITAN