fbpx

Sembilan PATI ditahan ketika sedang bersembunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang ditahan pihak berkuasa pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Hasrat sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk memasuki negara ini gagal selepas kesemua mereka ditahan sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia semasa Ops Benteng di sekitar Desaru, Kota Tinggi pagi tadi.

Kesemua PATI warga Indonesia berusia lingkungan 21 hingga 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 pagi.

Pasukan 1 Rejimen Renjer Diraja (RRD) daripada Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia berkata, tangkapan itu dibuat oleh Tim Quick Reaction Force (QRF) selepas pihaknya menerima maklumat daripada petugas pos pemerhati.

Katanya, anggota tersebut telah mengesan kehadiran sebuah bot kecil dan menurunkan PATI sekitar kawasan Tanjung Lompat, Desaru, Kota Tinggi sekitar pukul 4 pagi.

“Hasil penjejakan dan serbuan, sekitar pukul 4.45 pagi Tim QRF telah berjaya menahan sembilan PATI terdiri daripada tiga lelaki dan enam wanita.

“Semasa serbuan dilakukan kesemua mereka sedang bersembunyi di hutan berhampiran pesisir pantai tersebut dipercayai baru tiba ke negara ini melalui laluan yang tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, kesemua PATI yang ditahan kemudiannya dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

Jelasnya, laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai, Pengerang.

“Nilai rampasan keseluruha dianggarkan berjumlah RM17,956.67 melibatkan wang tunai RM3,117.00 dan matawang Indonesia IDR13,123,200 Rupiah (RM 3,713.23) serta 11 buah telefon bimbit dan beberapa jenis barang kemas.

“Pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI