fbpx
Ahmad Maslan bercakap kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agong Perkobf, di Dewan Tun Rahah Memorial Tun Abdul Razak, hari ini. Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH

KKR arah konsesi Lebuh Raya KL- Karak ronda lebih kerap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pihak konsesi Le­buh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), diarah supaya melakukan rondaan lebih kerap susulan keresahan penggunanya yang bimbang dengan keselamatan mereka apabila melalui kawasan itu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata, beliau sedia maklum rondaan ada dilakukan pihak konsesi berkenaan, namun ia perlu dipertingkat supaya persepi buruk pengguna terhadap laluan itu dapat dihentikan.

Tegas beliau, tindakan keras akan diambil jika terdapat bukti berlakunya tindakan khianat pihak tidak bertanggungjawab.

“Kalau ada bukti (ada perbuatan khianat) tentunya kita akan ambil tindakan. Katalah (laluan berkenaan) ditabur paku atau minyak oleh pihak tertentu, itu jenayah berat.

“Jenayah berat yang menyebabkan kemalangan, kematian dan sebagainya. Tapi bagaimanapun, saya menganjurkan pihak konsesi (lebih) kerap melakukan rondaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap di majlis perasmian Mesyuarat Agong Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf), di Dewan Tun Rahah Memorial Tun Abdul Razak, di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, laluan Lebuh Raya KLK di Kilometer 37 hingga Kilometer 88 menjadi antara laluan paling berbahaya di Malaysia dengan rekod purata empat kemalangan dilaporkan berlaku setiap hari.

Statistik terkini menunjukkan meskipun hanya melibatkan jarak 51 kilometer, laluan itu telah menyumbang angka kemalangan yang tinggi secara konsisten saban hari.

Situasi itu sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya terutama ketika musim orang ramai pulang ke kampung pada hari perayaan atau cuti persekolahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN