fbpx

APMM laksanakan WinchEX pastikan kesiapsagaan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian latihan APMM WinchEX melibatkan helikopter yang telah diadakan sekitar perairan Pulau Pangkor.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Seramai 31 anggota Maritim Malaysia (APMM) terlibat dalam Eksesais Winching (WinchEX) yang diadakan selama dua hari bermula kelmarin bagi memastikan kesiapsagaan pasukan itu berada pada tahap tertinggi.

Eksesais yang diadakan sekitar perairan Pulau Pangkor itu melibatkan 15 anggota Bahagian Operasi Udara (BOU) dan 16 anggota kapal, membabitkan skuadron helikopter AW139 dan AS365N3 APMM pusat dengan kerjasama aset Kapal Maritim (KM) Rawa dari APMM Perak.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, WinchEX dilaksanakan bagi memastikan tahap kesiagaan anggota pasukan itu berada di tahap optimum dalam melaksanakan tugasan menyelamat di laut dan di kapal walau dalam apa jua keadaan yang ditempuhi.

“Latihan ini merupakan rutin berjadual bagi anggota BOU yang telah ditetapkan bagi mengekalkan tahap kecekapan pengoperasian pesawat oleh kru udara khususnya bagi operasi carilamat di laut mahupun operasi Medevac di antara pesawat dan kapal.

“Winching merupakan salah satu prosedur yang diguna pakai semasa operasi menyelamat yang melibatkan helikopter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, antara latihan yang dijalankan adalah Winching Perenang Penyelamat di laut dan Winching Stretcher di kapal.

Beliau berkata, kedua-dua latihan itu dilaksanakan sepanjang tempoh latihan mengikut sesi yang ditetapkan bergantung kepada faktor cuaca, keadaan pesawat dan aset laut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI