fbpx

Neymar pintas jaringan Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR (kanan) meledak hatrik ketika membantu Brazil menundukkan Peru 4-2 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 pagi semalam. – AFP

LIMA, Peru – Bintang sensasi Paris Saint-Germain, Neymar mencipta sejarah tersendiri apabila muncul penjaring kedua terbanyak Brazil selepas memintas rekod jaringan legenda negara itu, Ronaldo.

Neymar, 28, kini sudah menjaringkan 64 gol daripada 103 perlawanan dengan Brazil termasuk hatriknya dalam kemenangan 4-2 ke atas Peru pada kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan di Estadio Nacional de Lima pagi semalam.

Ia membolehkan pemain sayap itu memotong rekod jari­ngan Ronaldo iaitu 62 gol dalam 98 perlawanan sepanjang 17 tahun menyarung jersi Brazil de­ngan memenangi dua trofi Piala Dunia, dua Copa America dan satu kejuaraan Piala Konfederasi.

Bekas tonggak Barcelona itu cuma ketinggalan di belakang penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil yang merupakan legenda bola sepak dunia, Pele dengan keseluruhan 77 gol.

Ketua jurulatih Brazil, Adenor Leonardo Bacchi yang lebih dikenali sebagai Tite amat berbangga dengan kecemerlangan ditunjukkan Neymar untuk mengikut jejak legenda-legenda negara itu seperti Ronaldo, Rivaldo, Romario dan Bebeto.

“Setiap detik bersejarah yang tercipta oleh setiap generasi mempunyai nilai tersendiri. Kemampuan Ronaldo tidak perlu dipertikaikan kerana beliau telah memenangi segala-galanya bersama Brazil.

“Neymar pula unik kerana dia ialah seorang pemain yang sukar diramal. Dia bukan sahaja boleh mencipta umpanan jari­ngan tetapi turut mampu meledak banyak gol seperti hari ini,” katanya.
Selain tiga jaringan Neymar, satu lagi gol Brazil diperoleh menerusi penyerang Everton, Richarlison sekali gus meletakkan skuad Selecao itu menerajui carta liga kelayakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI