fbpx

Kerajaan perlu teliti semula struktur cukai yang tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meneliti semula struktur cukai yang tinggi di negara ini khusus­nya bagi sektor tembakau.
Dalam pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewa­ngan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada awal November ini, isu cukai bakal menjadi perhatian masyarakat dalam menghadapi persekitaran ekonomi sukar.

Penganalisis Ekonomi, Pankaj Kumar berkata, isu lain yang perlu diberi perhatian ialah kehilangan hasil cukai ekoran perdagangan rokok seludup yang telah berleluasa sebelum ini.

 

“Menutup perbezaan harga antara produk sah dengan seludup bakal menghentikan perniagaan rokok seludup daripada pasaran kerana marginnya akan terhapus dan mereka yang terlibat tidak akan meneruskan kegiatan jenayah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Pankaj menjelaskan, perdagangan rokok seludup adalah yang terbesar dan paling rumit daripada semua sektor yang terkesan oleh ekonomi gelap.

Menurut beliau, kajian terbaharu mendapati enam daripada 10 rokok yang dijual di Malaysia hari ini adalah tidak sah, ini telah mengakibatkan kerajaan menanggung kerugian lebih daripada RM5 bilion setahun daripada cukai eksais.

“Bagi mengurangkan perluasan dagangan rokok seludup, pendekatan pelbagai serampang perlu dilaksanakan termasuk meningkatkan penguatkuasaan, pembaharuan cukai dan pendidikan kepada orang awam mengenai bahaya rokok seludup,” jelasnya.

Selain itu, Pankaj menerangkan, pendidikan juga kritikal bagi membanteras perdagangan rokok seludup dan ekonomi gelap.

Menurutnya, usaha perlu diambil untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai agar tidak membeli produk kontraban atau barangan tiruan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI