fbpx

Hamilton bakal legenda baharu F1 pintas Schumacher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON menerima helmet milik Schumacher yang dihadiahkan oleh Mick selepas kejayaannya menyamai rekod kemenangan milik legenda F1 itu. – AFP

NURBURG – Pelumba pasukan Mercedes, Lewis Hamilton akhirnya menyamai rekod 91 kemenangan legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher selepas memenangi Grand Prix (GP) Eifel di Litar Nurburgring malam kelmarin.

Memulakan saingan di petak kedua, Hamilton memintas rakan sepasukan, Valtteri Bottas pada pusingan ke-13 sebelum memimpin keseluruhan aksi, sekali gus meraih kemenangan ketujuhnya musim ini.

Selepas berjaya menyamai rekod kemenangan Schumacher, pelumba kelahiran Britain itu dihadiahkan salah sebuah topi keledar milik pelumba Jerman berkenaan oleh anak beliau, Mick.

“Saya rasa cukup bertuah dan bangga. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata perasaan saya selepas berjaya menyamai rekod kemenangan milik beliau (Schumacher).

“Saya membesar dengan menyaksikan Schumacher berlumba dan beliau adalah idola saya. Beliau mendominasi arena F1 dan saya langsung tidak jangka untuk mengikut jejak langkahnya,” ujar Hamilton.

Pada masa sama, Hamilton yang juga juara dunia enam kali menegaskan, dia mungkin tidak mampu melakukan pencapaian itu tanpa bantuan serta sokongan pasukan.

“Terima kasih kepada semua orang dalam pasukan yang ba­nyak memberi sokongan kepada saya sehingga berada di tahap ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI