fbpx

Jerman berjaya akhiri kemarau kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JERMAN berjaya mencatat kemenangan pertama tahun ini selepas tujuh perlawanan ketika menewaskan Ukraine 2-1 awal pagi semalam. – AFP

KIEV – Jurulatih Jerman, Joachim Low menegaskan beliau masih belum berpuas hati de­ngan prestasi pemainnya meskipun menang 2-1 ke atas Ukraine pada aksi Liga Negara-Negara Eropah di Stadium NSC Olim­piyskiy awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Low mampu menarik nafas lega selepas skuad kendaliannya berjaya melakar kemenangan pertama dalam tujuh aksi sebelum ini menerusi jaringan Matthias Ginter dan Leon Goretzka.

“Saya gembira dengan kemenangan yang dilakar pada hari ini (semalam). Sebelum pasukan tuan rumah jaringkan gol, kami sepatutnya mendahului perlawanan dengan tiga atau empat gol.

“Kami banyak mensia-siakan penguasaan bola sehingga membolehkan mereka memberi tekanan kepada kami. Saya fikir pemain-pemain saya sudah letih ketika mendahului 2-0,” kata Low.

Pengendali berusia 60 tahun itu berkata, Jerman terpaksa menggunakan formasi tiga pertahanan kerana beliau memerlukan lebih ramai pemain di bahagian atas untuk membantu jentera serangan.

“Apabila menggunakan tiga pemain di bahagian pertahanan, kami meletakkan lebih ramai pemain untuk serangan. Pada separuh masa pertama, kami bermain banyak hantaran jauh.

“Menjelang aksi menentang Switzerland selepas ini, saya mungkin tidak akan buat sebarang perubahan terhadap kese­belasan utama kerana saya mahukan sebuah pasukan yang stabil,” ujar Low. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI