fbpx

Industri hotel rugi cecah RM100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANCONG domestik membatalkan tempahan hotel mereka berikutan peningkatan kes Covid-19. – DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

KUALA LUMPUR – Industri hotel tempatan dijangka kehilangan pendapatan antara RM60 juta hingga RM100 juta dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia, Yap Lip Seng berkata, kerugian tersebut berpunca daripada kejatuhan tempahan bilik sebanyak 10 hingga 15 peratus secara purata bagi semua hotel.

“Hotel-hotel yang berhadapan masalah pembatalan tempahan adalah yang berada di destinasi-destinasi percutian seperti pantai dan pulau.

“Paling terkesan adalah hotel yang terletak berdekatan kawasan peningkatan kes Covid-19, manakala di bandar-bandar pula telah menerima pembatalan penganjuran seminar, bengkel, mesyuarat dan majlis,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan mengenai industri hotel bajet yang mengalami pembatalan tempahan sehingga 75 peratus akibat peningkatan kes membabitkan wabak Covid-19 sehingga mencatat tiga angka.

Sementara itu, Lip Seng berkata, pihak hotel masih positif dengan pasaran domestik dengan menawarkan tempahan fleksibel iaitu boleh ditukar atau digunakan pada masa akan datang.

Mengulas lanjut, katanya, impak terhadap tempahan hotel juga tidak hanya disebabkan oleh pe­ningkatan kes Covid-19 bahkan turut berpunca daripada tempoh moratorium yang telah berakhir.

“Kami telah menjangka impak (terhadap industri) apabila tempoh moratorium ditamatkan, yang secara jelas rakyat tidak ada kemampuan atau perbelanjaan tambahan pada saat sukar ini.

“Mereka bukan sahaja tidak mampu untuk berbelanja bagi sektor pelancongan malah melibatkan hampir semua industri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI