fbpx
SUHAIZAN

PH perlu bersedia hadapi pertandingan tiga penjuru – Suhaizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat berpandangan pengumuman Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa Barisan Nasional (BN) akan bertanding solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan datang memberi gambaran jelas bahawa landskap politik negara menuju pertandingan tiga penjuru.

Suhaizan berkata, situasi itu berkemungkinan menyaksikan pertembungan antara Pakatan Harapan (PH), BN dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, realiti politik tersebut perlu diterima secara matang dan dibincangkan secara terbuka supaya rakyat mendapat penjelasan yang jelas mengenai hala tuju politik negara serta negeri.

“Pengumuman BN untuk bertanding di semua 56 kerusi DUN Johor memberi petunjuk jelas bahawa PRN dan PRU akan datang berpotensi menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

“Justeru, Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung esok perlu menjadi medan penting untuk membincangkan persediaan menghadapi senario tersebut termasuk strategi serta bentuk kerjasama politik yang bakal dihadapi,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suhaizan berkata, perkembangan politik semasa termasuk isu undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan baru-baru ini turut menunjukkan dinamika politik negara semakin menjurus kepada pertandingan pelbagai penjuru menjelang PRU16.

Katanya, rakyat juga mahu melihat bagaimana bentuk kempen yang akan berlangsung apabila Perdana Menteri daripada PH dan Timbalan Perdana Menteri daripada BN berada dalam kerajaan Persekutuan yang sama namun bertanding sebagai lawan dalam PRN Johor.

“Keadaan di Sabah mungkin berbeza kerana budaya politik di negeri itu sudah lama memperlihatkan hubungan berbeza antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Namun di Johor, situasi sedemikian bukan kebiasaan dan memerlukan penjelasan yang lebih tersusun kepada rakyat,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN