fbpx
TUANKU Syed Faizuddin (tiga dari kiri) merasmikan majlis penutup Pi-ENVEX 2026 di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau hari ini.

Graduan UniMAP capai kebolehpasaran 99.4 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pencapaian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merekodkan kadar kebolehpasaran graduan 99.4 peratus membuktikan kualiti pendidikan institusi itu dalam melahirkan graduan berdaya saing dan relevan dengan keperluan industri.

Baginda bertitah, Kajian Pengesanan Graduan 2025 turut mencatatkan kadar bekerja graduan sebanyak 99.3 peratus sekali gus memperlihatkan kesiapsiagaan lepasan UniMAP menghadapi dunia kerjaya semasa.

“Dalam era teknologi dan kecerdasan buatan yang berkembang pesat, inovasi hendaklah sentiasa dipandu oleh nilai integriti, etika dan tanggungjawab sosial.

“Kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui kemenangan atau pengiktirafan tetapi pada kemampuan hasil ciptaan tersebut untuk menyelesaikan masalah sebenar dan memberi manfaat kepada manusia serta alam sekitar,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Majlis Penutup Perlis International Engineering Invention & Innovation Exhibition (Pi-ENVEX) 2026 di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, hari ini.

Dalam pada itu, baginda turut menasihatkan para penyelidik dan pelajar supaya memastikan setiap inovasi dan penyelidikan sentiasa berpaksikan integriti serta etika bagi menjamin hasil yang berkualiti dan diyakini.

Titah baginda, semangat kerjasama dan kolaborasi juga perlu terus diperkasakan kerana inovasi cemerlang lahir daripada perkongsian idea dan perbincangan terbuka.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN