fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir landa Selangor, Johor tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan ribut petir membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak hingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah seluruh Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda) dan Pulau Pinang.

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Kuala Selangor dan Klang) serta Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” lapor MetMalaysia.

Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN