fbpx

[VIDEO] Suami isteri didakwa 39 pertuduhan pakej pelancongan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURULHALEDA ( depan) dan Muhammad Iqbal (belakang) didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas 39 pertuduhan pakej pelancongan tidak wujud dan tanpa lesen bernilai RM10,454 tahun ini.

SHAH ALAM – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 39 pertuduhan menawarkan pakej pelancongan tidak wujud dan tanpa lesen bernilai RM10,454 tahun ini.

Muhammad Iqbal Mohd. Sani, 27 dan Intan Nurulhaleda Mohd. Yunus,26, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Mengikut kertas pertuduhan, suami isteri itu didakwa atas 19 pertuduhan menawarkan pakej pelancongan dengan memperdayakan 20 mangsa untuk memasukkan sejumlah wang dengan keseluruhan bernilai RM10,454 ke dalam akaun I&I Paradise Venture.

Kesalahan itu dilakukan mereka di Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Pangakalan Udara Subang; Hospital Sungai Buloh; Kampung Paya Jaras Hilir dan Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Desa Subang Permai; Seksyen 6 dan Seksyen 31, Shah Alam di antara 25 Jun hingga 30 Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi setiap pertuduhan.

Kedua-dua tertuduh juga berdepan 20 pertuduhan menawarkan pakej pelancongan tanpa lesen terhadap 20 mangsa sama pada tarikh dan lokasi yang sama.

Bagi kesalahan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 5 (2) Akta Industri Pelancongan 1992 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 5 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda tidak melebihi RM50,000 dan tambahan denda sehingga RM5,000 bagi setiap kesalahan yang terus dilakukannya.

Kesemua pertuduhan tersebut dibacakan dalam tempoh lebih 45 minit di galeri mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Uzair Abd. Munir menawarkan jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan kes penipuan dan RM10,000 untuk pertuduhan pakej pelancongan tanpa lesen serta seorang penjamin.

Bagaimanapun, Peguam Azi Azlin Zulkifli yang mewakili Muhammad Iqbal manakala Intan Nurulhaleda diwakili Peguam Datuk Adnan Rahim memohon pengurangan ikat jamin dikurangkan kepada anak guam mereka.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM1,000 setiap pertuduhan dihadapi mereka bersama seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan 16 November depan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI