fbpx
Gambar hiasan

Tiga scammer tipu penjawat awam sampai rugi RM53,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang penjawat awam ditimpa malang bertimpa-timpa apabila diperdaya tiga sindiket penipuan atau ‘scammer’ berlainan sekali gus dalam tempoh kurang seminggu sehingga kerugian RM53,035.49.

Lelaki berusia 48 tahun yang menyedari tertipu tersebut telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 4.29 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, lelaki berkenaam berminat untuk membeli sebuah kereta terpakai setelah melihat iklan mengenainya di laman Facebook pada 8 April lalu.

“Mangsa telah membuat pembayaran berjumlah keseluruhan RM15,955.49 untuk membeli kereta tersebut menerusi enam transaksi ke dalam lima akaun bank diberi suspek.

“Begitupun kereta dijanjikan tidak diperolehi menyebabkan dia yang tidak berpuas hati telah mencari pula khidmat perunding bagi menyelesaikan masalah penipuan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, pencariannya di laman Facebook itu telah menemukan penjawat awam dengan seorang individu yang mengakui kononnya pegawai penyiasat komersial.

Beliau berkata, lelaki itu seterusnya membuat pembayaran keseluruhan RM7,280 kononnya bagi khidmat penyelesaian kes penipuan pembelian kereta kepada ‘pegawai penyiasat komersial’ berkenaan.

“Dalam masa sama, mangsa turut memohon pinjaman wang online (dalam talian) sebagai ikhtiar menyelesaikan masalah pembelian kereta berkenaan.

“Kali ini dia membuat pula 10 transaksi berjumlah keseluruhan RM29,800 ke dalam tiga bank diarah suspek kononnya bagi kelulusan pinjaman terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN