fbpx

Kecacatan bukan penghalang berdikari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEWAH ( tengah) bersama cucu, anak dan isterinya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Lanchong, Seksyen 28, Shah Alam semalam. - ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Walaupun dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki dan tangannya yang juga cacat aki­bat penyakit Congenital Anomalies, ia bukanlah titk noktah buat Sewah Sumidjo, 63, dalam mengharungi cabaran hidup.

Warga emas berkenaan sebaliknya reda dengan ketentuan Ilahi itu apabila anaknya, Nur Fatihah, 24, dan cucunya, Muhammad Firas Faaiq al-Fayyaadh Mohammad Faizal, 4, juga mewarisi penyakit genetik tersebut.

Malah, kecacatan itu dijadikan semangat untuknya dan isteri, Saripah Daud, 55, terus bekerja mencari rezeki demi membesarkan anak mereka.

“Saya tidak pernah menjadikan alasan kecacatan untuk meraih simpati sebaliknya me­lakukan pelbagai kerja termasuk bekerja kilang ketika muda.

“Kami juga mengambil upah memotong kepingan getah selama 10 tahun dengan meraih pendapatan sekitar RM300 sebulan,” katanya ketika menerima sumbangan kerusi roda elektrik daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di rumahnya di sini semalam.

Bercerita lanjut, katanya, kemalangan pada 2003 telah mengakibatkan tempurung siku tangan kanan terpaksa dibuang hingga menyebabkan dia tidak boleh meluruskan tangan.

“Kaki isteri saya juga tidak boleh dige­rakkan akibat suntikan di tulang belakang sewaktu melahirkan Nur Fatihah sehingga dia terpaksa ‘berjalan’ seperti kami walaupun mempunyai anggota badan yang sempurna.

“Kami sekeluarga reda dan berharap ada syarikat yang sudi menawarkan pekerjaan untuk kami lakukan di rumah,” ujarnya.

Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi keluarga tersebut menerusi talian 0172791420.

Sementara itu, Ketua Operasi Agihan Daerah Petaling LZS, Mohammad Sharil Ritin berkata, Sewah merupakan asnaf fakir miskin yang berdaftar sejak 2015 telah menerima pelbagai bantuan antaranya kaki palsu untuk anaknya, bantuan makanan dan baik pulih rumah.

Katanya, sumbangan kerusi roda elektrik bernilai RM7,000 diberikan untuk urusan harian selain akan menanggung kos pembedahan cucunya yang turut menghadapi penyakit genetik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI