fbpx
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Zakat jangan melangkaui sempadan negeri – Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa semua umat Islam menunaikan zakat melalui saluran yang sah dan pengagihan secara telus kepada golongan asnaf yang berhak menerimanya.

Baginda menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office menegaskan, setiap negeri mempunyai sistem pungutan dan agihan tersendiri bagi memastikan kebajikan asnaf diurus dengan teratur.

Titah baginda, di Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan perkenan Sultan Selangor telah mewakilkan Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) untuk menguruskan semua urusan berkaitan kutipan dan agihan zakat di negeri ini.

“Oleh itu, mana-mana pihak dari luar tidak sepatutnya melangkaui sempadan negeri untuk membuat kutipan zakat tanpa kebenaran pihak berkuasa mana-mana negeri lain.

“Beta mengingatkan sekali lagi bahawa zakat yang dikutip dalam sebuah negeri hendaklah diagihkan kepada asnaf dalam negeri tersebut,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut mengingatkan sebagai umat Islam mempunyai peranan yang besar untuk mempertahankan hak asnaf daripada ‘dicuri’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Jangan berdiam diri dan menyembunyikan perkara salah yang berlaku, bimbang kita tergolong dalam golongan yang membantu kemungkaran kerana menzalimi dan menafikan hak asnaf.

“Umat Islam perlu memahami bahawa bukan sahaja zakat, bahkan apa-apa bentuk kutipan dana awam yang melibatkan kepentingan umat Islam di Negeri Selangor hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak berautoriti,” titahnya.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin
senada dengan intipati khutbah Jumaat bertajuk ‘Tunaikan Zakat Kepada Amil Bertauliah’ dan menyeru rakyat negeri ini memahami dan menghayatiny susulan isu yang hangat diperkatakan mutakhir ini berkaitan dengan zakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN