fbpx

Perbaharui lesen motosikal melalui MyEG mulai esok- JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Orang ramai boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal mereka secara dalam talian melalui sistem MyEG mulai esok.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan berkata, pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) secara dalam talian pula akan dilaksanakan mulai 16 Oktober ini.

Bagaimanapun, pembaharuan secara dalam talian itu tidak termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).

“Pelaksanaan ini merupakan inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal,” katanya.

Menurut JPJ, buat masa ini, perkhidmatan secara dalam talian melalui sistem myEG ialah bagi urusan pembaharuan LKM bagi kereta persendirian sahaja.

“Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, beberapa perkhidmatan JPJ terganggu disebabkan penutupan kaunter akibat pandemik Covid-19 yang berleluasa.

“Justeru melalui inisiatif ini, perkhidmatan JPJ akan menjadi lebih cekap dan mampan bagi memastikan kelangsungan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI