fbpx
Proton X50.

Proton nafi tempahan melalui pihak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

KUALA LUMPUR – Proton tidak melantik mana-mana pihak luar rangkaian jualan rasmi sebagai ejen jualan produk mereka.

Menurut Proton dalam satu kenyataan, pihaknya ingin menegaskan bahawa tempahan yang diterima melalui rangkaian jualan rasmi akan diakui sebagai tempahan yang sah.

“Kami menasihati semua bakal pembeli untuk sentiasa berwaspada sebarang tuntutan dari individu atau organisasi.

“Pada masa yang sama, kami memohon semua pelanggan menghubungi pihak Proton jika ada sebarang kemusykilan,” katanya dalam kenyataan itu.

Tambahnya, pelancaran model terbaharu Proton X50 tidak lama lagi telah menarik minat ramai pembeli kereta di Malaysia.

“Jumlah tempahan awal yang telah diterima amat memberangsangkan.

“Malangnya, kami dimaklumkan bahawa ada pihak telah memberi gambaran yang tidak benar dengan mengatakan mereka adalah ejen Proton ataupun mempunyai kaitan dengan PRoton demi mengaut keuntungan,”tambahnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi rangkaian jualan rasmi Proton, sila layari laman web rasmi kami di https://www.proton.com/en/dealer-locator atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-88-8398. – K! ONLINE

POPULAR