fbpx

Exco Kedah positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah disahkan positif Covid-19 dipercayai selepas pulang dari Sabah bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.

Exco lelaki terbabit ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menjalani kuarantin sejak semalam.

Dia dikatakan menjadi kontak rapat kepada salah seorang pembantunya yang terlebih dahulu disahkan positif wabak tersebut

Sementara itu, Exco terbabit ketika dihubungi memaklumkan beliau dalam keadaan sihat dan sedang menjalani kuarantin di HSB.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor pada kelmarin memaklumkan seramai tiga Exco kerajaan negeri tidak menghadiri Mesyuarat Exco kerana perlu menjalani kuarantin selepas pulang dari Sabah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman memberitahu, lebih 400 individu telah menjalani ujian saringan Covid-19 bagi Kluster Tembok.

“Saringan dijalankan ke atas semua kontak terlibat termasuk kakitangan Penjara Alor Setar,” katanya.

Kluster Tembok merupakan kluster ketujuh di negeri ini selepas Kluster Sivagangga, Tawar, Muda, Sala, Telaga dan Sungai.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI