fbpx

Lelaki warga asing tawar rasuah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki warga asing cuba memberi rasuah kepada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) membawa padah apabila dia ditahan oleh pihak polis semalam.

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan unit URB pada pukul 12 tengah hari selepas melihat kereta yang dipandunya dalam keadaan mencurigakan di susur Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) menghala ke ibu negara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, hasil pemeriksaan mendapati dokumen perjalanan suspek telah tamat tempoh.

“Suspek kemudian menawarkan sejumlah wang kepada pihak polis bagi melepaskan diri daripada ditangkap.

“Seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan dan empat koperal menolak dan memberi amaran berhubung tindakan suspek sebelum menahannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, suspek kini direman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak menawar atau memberi rasuah yang boleh merosakkan agama, bangsa dan negara.

“Kami sentiasa bertegas dan tidak akan teragak-agak untuk menahan mana-mana individu yang cuba memberi rasuah atau suapan kepada pihak polis,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI