fbpx
Keempat-empat individu yang ditahan direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.

Datuk Seri ditahan bergelut dengan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Empat individu dengan dua daripada mereka bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan selepas bergelut dengan polis dalam satu serbuan di sebuah premis hiburan di Bandar Hilir di sini awal pagi tadi.

Dalam operasi pada pukul 2.50 pagi itu, kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun tersebut dikatakan berang selepas sepasukan polis mahu melakukan pemeriksaan ke atas mereka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, serbuan dilakukan selepas mendapati premis tersebut beroperasi melebihi masa yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

“Ketika serbuan dilakukan, kita mendapati masih terdapat beberapa individu termasuk penjaga premis dan pelanggan di dalam premis.

“Empat individu termasuk dua daripada mereka mengaku Datuk Seri dan Datuk tidak berpuas hati dengan prosedur tersebut sehingga berlaku pergelutan mengakibatkan seorang anggota polis cedera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, anggota polis yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Melaka di sini dan telah dibenarkan pulang.

“Hasil soal siasat, salah seorang daripada empat individu tersebut merupakan rakan kongsi pemilik premis tersebut.

“Premis itu hanya menjalankan aktiviti perniagaan kafe dan memiliki lesen perniagaan sah dari pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Afzanizar berkata, keempat-empat yang ditahan direman bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam.

“Seramai 12 orang yang berada di dalam premis itu turut dikompaun di bawah Peraturan 3 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya.-K!ONLINE