fbpx

Perdana Menteri lawat Jeti Pulau Pangkor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa meninjau Jeti Penumpang Pulau Pangkor dalam lawatan kerja hari ini.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat dan meninjau Jeti Penumpang Pulau Pangkor dalam lawatan kerja sehari ke pulau tersebut.

Beliau tiba di jeti tersebut pada pukul 9.50 pagi diiringi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam lawatan itu, Muhyiddin meninjau keadaan jeti utama ke pulau pelancongan itu serta mendengar taklimat diberikan mengenai keadaannya yang dikatakan sesak dengan pelancong setiap hujung minggu dan cuti umum selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.

Pertambahan pelancong ke pulau itu juga selepas diberi status pulau bebas cukai sejak awal tahun ini.

Ini lawatan kerja pertama beliau ke Pulau Pangkor dan dipenuhi dengan beberapa program rasmi termasuk mempengerusikan Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ke-23.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berharap kerja menaik taraf jeti penumpang itu perlu dilakukan segera untuk menyelesaikan masalah kesesakan tersebut serta meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke pulau tersebut.

“Selaras dengan perubahan status Pangkor sebagai pulau bebas cukai kehadiran pelancong semakin meningkat mencapai 30,000 hingga 50,000 terutama pada musim percutian.

“Bagaimanpun, keadaan jeti utama yang kecil menyebabkan masalah kesesakan dan sebab itu kerja menaik taraf jeti ini perlu disegerakan supaya lebih selesa. Ia termasuk jeti di Sungai Pinang Kecil untuk kegunaan penduduk pulau ini dan jeti kargo untuk mengangkut barang selain penambahan feri,” katanya ketika ditemui pemberita di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI