fbpx

Tubuh Unit Jenayah Alam Sekitar perangi Jenayah pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUAN IBRAHIM ( depan kiri) menghidu sendiri sampel air yang tercemar di Sungai Gong sebelum ini.

KUALA SELANGOR – Sebuah Unit Jenayah Alam Sekitar di peringkat Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) bakal dibentuk dalam masa terdekat.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata berkata, unit tersebut akan bersama – sama penguat kuasa di bawah kementerian dalam memantau dan bertindak dalam menangani jenayah pencemaran alam sekitar terutama sungai.

Katanya, setakat ini perbincangan telah dilakukan bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berhubung perkara tersebut.

“Secara dasarnya, Ismail Sabri telah bersetuju untuk Kementerian Alam Sekitar dan Air diletakkan di bawah sektor keselamatan memandangkan isu berkaitan air dan alam sekitar ini dilihat berpontensi menjejaskan keselamatan negara terutamanya ekonomi dan kesejahteraan rakyat sekiranya sebarang bencana berlaku.

“Kita akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri ( Datuk Seri Hamzah Zainuddin ) selepas ini bagi merealisasikan pembentukan unit tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau melawat Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 dalam melihat sendiri perkembangan pemulihan air susulan pencemaran bau sebelum ini.

Menurut Tuan Ibrahim, menerusi unit itu akan memberikan tindakan efisyen dari segi bidang kuasa PDRM berhubung isu pencemaran itu.

Dalam perkembangan berlainan, beliau menegaskan kertas siasatan berhubung pencemaran itu akan disiapkan Jumaat ini.

“Jabatan Alam Sekitar dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dalam proses penyediaan kertas siasatan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655),” jelasnya.

Mengulas mengenai kelewatan penerimaan bekalan air, Tuan Ibrahim menegaskan kerana didorong pelbagai faktor antaranya melibatkan jarak kawasan penempatan daripada loji, kawasan kediaman yang tinggi dan berbukit kerana agihan turut melibatkan faktor tekanan air dan graviti.

“Secara amnya, selepas loji mula beroperasi, air akan mula dirawat dan memenuhkan kolam agihan dan proses ini memerlukan satu tempoh masa sebelum boleh diagihkan kepada pengguna.

“Bagaimanapun, kita menyasarkan semua pengguna akan menerima bekalan air seperti biasa pada Rabu ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI