fbpx

Lelaki kudung tangan antara ditahan AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian individu yang disyaki penagih dadah ditahan AADK dalam Ops Cegah di daerah Kulim awal pagi ini.

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) merupakan antara sembilan individu disyaki penagih dadah yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kulim dalam Ops Cegah di sekitar daerah ini awal pagi tadi.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kulim, Sabarinah Aliuddin berkata, suspek yang kudung tangan kanan berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Lunas dekat sini kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Kata beliau, pemeriksaan mendapati OKU yang tidak bekerja itu tinggal bersama isteri dan dua orang anak serta seorang adik lelakinya.

“Hasil soal siasat, kita mendapati lelaki terbabit terlibat dalam penagihan dadah sejak empat tahun lalu yang mana isterinya menyara keluarga dengan bekerja di sebuah kilang di sini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sabarinah, suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Dalam pada itu, ujar beliau, operasi yang dilakukan berdasarkan maklumat orang awam itu melibatkan 10 anggota penguat kuasa AADK di kawasan sekitar Lunas, Padang Serai dan Labu Besar dari pukul 11 malam semalam hingga pukul 3 pagi tadi.

“Seramai sembilan individu berusia 19 hingga 50 tahun ditahan dalam operasi itu.

“Tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine sementara enam lagi yang didapati negatif dadah dibebaskan,” ujarnya.

Tambahnya, tiga lelaki termasuk (OKU) itu disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan ) 1983 pindaan 1998. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI