fbpx

417 daripada 1,292 kawasan telah pulih bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIR SELANGOR

KUALA LUMPUR – Sebanyak 417 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air telah pulih sepenuhnya sehingga pukul 6.30 pagi tadi manakala 875 kawasan lagi masih dalam proses pemulihan.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, secara keseluruhan, 32.28 peratus daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual telah pulih sepenuhnya.

Menurutnya, usaha menstabilkan sistem bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas.

“Air Selangor memohon kerjasama para pelanggan yang telah menerima bekalan agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan.

“Air Selangor telah menyediakan pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat bagi tujuan mendapatkan bekalan air bersih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Elina, pihaknya akan terus memaklumkan kepada para pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuklah Twitter, Facebook, Instagram dan laman web www.airselangor.com. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI