fbpx
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Perutusan Khas Hari Kebangsaan Ke-63 hari ini.

Hayati semangat kemerdekaan menerusi sikap prihatin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menyeru rakyat di negara ini supaya menghayati semangat kemerdekaan dengan sentiasa menanam sikap prihatin yang mendalam terhadap satu sama lain.

Perdana Menteri menyifatkan semangat itu bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu Malaysia Prihatin.

“Prihatinlah terhadap keluarga, sahabat, jiran, pekerja dan semua insan yang berada di sekeliling kita.

“Prihatin jugalah kepada tanah air. Jagalah kemerdekaannya, pertahankanlah kedaulatannya dan peliharalah keamanannya,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Kebangsaan ke-63 di sini hari ini. -K! ONLINE