fbpx
KUMPULAN BTS

Bom gembira BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAR dan seronok! Itulah perkataan yang terbit daripada mulut penulis tatkala lagu baharu BTS, Dynamite mula meresap ke benak fikiran.

Minggu lalu, industri hiburan global seperti dilontarkan bom atom apabila artis berkumpulan K-pop terkenal, BTS muncul dengan single terbaharu mereka, Dynamite.

Menggegarkan adrenalin peminat, lagu tersebut memecah rekod apabila kurang dari 24 jam dilancarkan pada 21 Ogos lalu, video muzik rasmi Dynamite berjaya meraih 101.1 juta jumlah tontonan. 

BTS bakal membuat mempersembahkan lagu Dynamite buat julung kali dalam MTV VMA 2020 pada 31 Ogos ini. – INSTAGRAM @bts.bighitofficial

 

Rekod tersebut sekali gus mengalahkan pencapaiam How You Like That nyanyian Blackpink dengan 86.3 juta saat dilancarkan Jun lalu.

Fenomena sekelip mata tersebut memberi isyarat bahawa populariti tidak pernah mati biarkan dunia sedang tenat. 

Biarpun lagunya kedengaran santai, tetapi impaknya ternyata luar biasa.

Keberanian BTS melancarkan lagu sepenuhnya dalam bahasa Inggeris perlu dipuji dan lebih membanggakan, Dynamite berjaya memecahkan beberapa rekod dunia dalam carta-carta lagu antarabangsa.

Antaranya ialah lagu terpantas yang berjaya tersenarai dalam carta 100 lagu dalam aplikasi Itunes iaitu dalam tempoh lapan jam sahaja.

Lagu berentak pop disko tersebut disampaikan nada penuh kegembiraan dan bertenaga oleh tujuh anak muda yang terdiri daripada Kim Seok-jin (Jin), Park Ji-min (Jimin), Kim Tae-hyung (V), Kim Nam-Joon (RM), Jung Ho-seok (J Hope), Jeon Jung-kook (Jungkook) dan Min Yoon-gi (Suga).

Sebagaimana judulnya Dynamite yang bermaksud dinamit atau bahan peledak, barangkali sengaja lagu tersebut dilancarkan untuk menghangatkan semula suhu emosi dunia yang kini mendung diselubungi petaka Covid-19.

Untuk rekod, BTS turut mengumumkan persembahan julung kali mereka dalam Anugerah Muzik Video MTV 2020 (MTV VMA 2020) yang bakal berlangsung pada 31 Ogos ini.

Mereka turut dicalonkan dalam tiga kategori iaitu Pop Terbaik, Koreografi terbaik dan K-pop terbaik bagi lagu On daripada album Map Of The Soul: 7

Terdahulu, BTS telah menghasilkan lebih 10 buah album penuh dan album mini seperti Map of Soul: Persona, Love Yourself: Tear dan Dark & Wild.

Berikut temu bual bersama anggota BTS sebagaimana yang dipetik daripada portal hiburan antarabangsa.

MENYUNTIK elemen retro, BTS mahu memaparkan sisi muzik baharu yang lebih segar dan dinamik menerusi Dynamite.

 

Selalunya BTS menampilkan lagu berentak pop yang agak agresif, tetapi kali ini muncul dengan genre pop disko yang lebih santai. Boleh perincikan juga apakah maksud di sebalik tajuk lagu berkenaan?

Suga: Dynamite merupakan lagu berentak pop disko yang ceria bersulam mesej kegembiraan. 

Kami juga menyuntik elemen retro dalam lagu tersebut. Jika diamati liriknya, lagu ini mahu memberi semangat kepada seseorang yang pernah gagal untuk bangkit semula dalam hidupnya. 

Mesejnya cukup mudah dan bertepatan dengan situasi dunia ketika ini yang menyaksikan penduduk dunia sedang berjuang melawan penularan Covid-19.

Mengapa anda memilih untuk melancarkan Dynamite ketika ini atau ada sebarang perancangan lain?

RM: Sejujurnya kami tidak merancang untuk melancarkan Dynamite seawal ini. 

Sejak awal tahun ini, kami sangat sibuk dengan proses penghasilan album baharu dan Dynamite merupakan salah sebuah lagu yang kami hasilkan dalam tempoh tersebut.

Sepanjang proses rakaman, memang kami tidak sabar untuk berkongsi aura positif lagu ini bersama peminat. 

Oleh sebab itu kami memilih untuk melancarkannya dengan lebih awal.

 

Boleh anda jelaskan mengapa Dynamite menggunakan 100 peratus bahasa Inggeris?

V: Sepanjang tempoh penghasilan termasuklah proses merakam lagu tersebut, kami kenal pasti bahawa bahasa Inggeris kedengaran lebih sesuai dengan melodi disko Dynamite.

Penggunaan bahasa Inggeris turut memberikan aura berbeza berbanding lagu-lagu terdahulu kami yang menggunakan bahasa Korea. 

Ini adalah lagu pertama BTS yang menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris. Kami harap dapat menghiburkan peminat seluruh dunia dengan Dynamite.

 

Mengenali BTS, tidak lengkap jika lagu kalian tidak dipersembahkan dengan tarian yang bakal menjadi ikutan seluruh dunia. Apakah konsep yang anda ketengahkan kali ini?

Jungkook: Koreografi Dynamite bersifat lebih sofistikated berbanding tarian untuk lagu terdahulu.

Tarian kali ini lebih mudah diikuti dan santai. Jadi, saya percaya ramai peminat BTS yang akan berdansa di dalam bilik masing-masing apabi mendengar Dynamite.

 

Ekoran pembikinan Dynamite yang dilakukan dalam tempoh masa singkat, adakah akan berlaku perubahan tarikh bagi pelancaran album yang dijadualkan pada akhir tahun ini?

Jimin: Pelancaran lagu ini tidak akan mengubah rancangan kami untuk mengeluarkan album penuh. Semua ahli BTS termasuk saya sedang berusaha keras ke arah itu. Album penuh tetap dilancarkan pada akhir tahun walaupun berlaku perubahan dalam jadual kami.

V: Kesemua ahli BTS terlibat secara langsung sepanjang proses pembikinan keseluruhan naskhah terbaharu itu.

VIDEO klip Dynamite merupakan video pertama yang memecah rekod jumlah tontonan melebihi 100,000 dalam tempoh 24 jam menerusi YouTube.

 

Penglibatan semua ahli secara tidak langsung dapat menambahkan lagi kreativiti dan idea dalam menghasilkan sesebuah karya yang lebih baik berbanding sebelum ini. Boleh perincikan?

Jimin: Saya ditugaskan untuk menjadi pengurus projek dan V pula menjaga aspek visual sepanjang proses pembikinan album tersebut. 

Sebelum ini kami hanya terbabit dalam proses awal tetapi kali ini terlibat secara keseluruhan.

Sejujurnya saya tidak pasti sama ada telah melakukan yang terbaik atau tidak. Tetapi saya telah bekerja dengan baik dan kerjasama yang diberikan semua ahli sangat baik, harap hasilnya juga bagus.

 

Sebelum ini BTS telah memecahkan rekod untuk beberapa buah lagu, jadi apakah sasaran bagi Dynamite?

Suga: Kali ini kami tidak menyasarkan sebarang kedudukan tertinggi atau apa sahaja rekod. 

Matlamat utama pelancaran Dynamite cuma mahu menyebarkan aura positif kepada para pendengar.

 

Sebagai kumpulan pop idola dunia, boleh perincikan impak pandemik Covid-19 kepada karier BTS? Adakah terdapat kesukaran dan kerisauan sepanjang tempoh penduduk dunia terpaksa ‘berkurung’?

V: Semua orang mengalami kesukaran, termasuklah kami. 

Tetapi tanpa disedari, krisis yang melanda dunia ketika ini telah membuatkan kami lebih menjiwai muzik terutama sepanjang menjalani tempoh kuarantin di rumah. 

Bermula dari situlah idea penghasilan Dynamite tercetus. 

RM: Pandemik berlaku secara tiba-tiba menyebabkan semua aktiviti BTS terpaksa dibatalkan. 

Namun, masa yang ada ketika itu memberi peluang untuk BTS menghasilkan dan mencuba sesuatu yang baharu dan berbeza, contohnya Dynamite. 

Kami berharap dunia dapat menerima lagu ini dan mengamati setiap mesej yang disampaikan. Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan selama ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN