fbpx

Murid umur lebih 11 tahun wajib pakai pelitup muka di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK beratur sebelum masuk ke bilik darjah mereka di sebuah sekolah di Strasbourg, timur Perancis pada 22 Jun lalu. - AFP

PARIS – Murid sekolah berumur atas daripada 11 tahun  di Perancis akan diwajibkan memakai pelitup muka apabila mereka kembali ke sekolah seminggu lagi, kata Menteri Pelajaran, Jean-Michel Blanquer.

Dasar baharu itu menandakan pelaksanaan langkah lebih ketat ketika jangkitan koronavirus makin serius di Perancis dengan 4,700 kes dilaporkan kelmarin, peningkatan besar berbanding hari sebelumnya dan rekod baharu selepas pelaksanaan perintah berkurung.

“Penggunaan pelitup muka akan menjadi sistematik bermula daripada sekolah menengah dan tidak terhad kepada kawasan yang tiada penjarakan fizikal tetapi juga di kawasan terbuka,” kata Blanquer dalam satu wawancara lewat kelmarin.

Menurutnya, kerajaan juga akan membekalkan pelitup muka kepada keluarga miskin berdasarkan penilaian bagi setiap kes.

Langkah itu melibatkan pelajar berusia antara 11 tahun hingga 18 tahun. Pelajar di Perancis akan kembali ke sekolah pada 1 September ini.

Wabak Covid-19 meragut lebih 30,400 nyawa di negara berkenaan setakat ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI