fbpx

Bekas setiausaha bekas menteri direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri dan tunangnya ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah bernilai RM3.7 juta.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, wanita berusia 28 tahun itu turut disiasat kerana disyaki bersubahat dalam kes sama.

Suspek lelaki berusia 29 tahun bersama tunangnya itu ditahan secara berasingan kira-kira pukul 5.30 petang dan 10 malam semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Menurut sumber, suspek dikehendaki SPRM dalam satu siasatan kes rasuah yang membabitkan wang sejumlah RM3.7 juta daripada syarikat yang mendapat projek perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009,” katanya.

Terdahulu, kedua-dua mereka tiba di perkarangan Kompleks Istana Kehakiman kira-kira pukul 10.15 pagi diiringi pegawai SPRM.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa SPRM telah mendakwa seorang pemilik syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan tersebut pada 27 Julai lalu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengemukakan dokumen dan invois palsu.

Pemilik syarikat berkenaan didakwa menggunakan dokumen palsu berhubung
Tender RFP- Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism bernilai RM89 juta bagi tempoh dua tahun.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menjelaskan bahawa suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah Kuala Lumpur pada 19 Ogos ini. K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI