fbpx
TERTUDUH dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Kuantan hari in

Pegawai kanan polis disyaki terima rasuah bulanan pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM64,000 sebagai balasan melindungi kegiatan pusat hiburan tidak sah di sebuah daerah di negeri ini.

Perintah reman selama lima hari sehingga 2 Mei depan terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ellyna Mahussin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam di kediamannya.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2020 hingga 2023 sewaktu bertugas di salah sebuah daerah di negeri ini.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan daripada dua pemilik pusat hiburan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN