fbpx
James Chai tiba untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

James Chai tiba di SPRM untuk beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Bekas pegawai Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern atau James Chai tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira pukul 9.59 pagi tadi untuk membantu memberikan keterangan.

Beliau tiba dengan menaiki sebuah kereta Proton Persona berwarna putih bersama peguamnya.

1 April lalu, SPRM dilaporkan berkata, James Chai telah dikenal pasti sebagai individu yang diperlukan untuk membantu siasatan.

Menurutnya, SPRM telah mengeluarkan Notis Mengesan Individu bagi mengesan James Chai pada 4 Mac sebelum menerima surat daripada Tetuan individu terbabit bertarikh 9 Mac yang memaklumkan bahawa James Chai tidak dapat hadir untuk dirakam percakapan dengan alasan kos penerbangan dan kekangan pekerjaan.

SPRM kemudiannya telah mengeluarkan surat balas bertarikh 13 Mac memberi lanjutan masa untuk James Chai hadir pada 31 Mac, namun beliau sekali lagi gagal memaklumkan keinginan untuk hadir.

Berikutan itu, SPRM telah mengeluarkan surat pada 1 April yang menetapkan bahawa James Chai perlu hadir dalam tempoh dua minggu.

Pada 12 Februari, SPRM menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan sebuah kementerian.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM telah merekod keterangan sermak 17 saksi melibatkan pegawai Kementerian Ekonomi serta agensi berkaitan termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN