fbpx

Tudung termahal RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Contoh tudung mewah bernilai Rm100,000. Foto oleh SAIRUL ZAMRI MISRANI

KUALA LUMPUR – Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive (BE) memperkenalkan tudung bernilai RM100,000 sekali gus diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal di dunia hari ini.

Pengasas BE, Haliza Maysuri berkata, tudung tersebut merupakan pemberian khas Swarovski kepada BE sebagai tanda penghargaan kerana menjadi antara pemborong terbesar dunia.

“Pemberian ini juga bersempena pembukaan butik BE terbaharu di Puchong, Selangor September nanti dan sempena meraikan ulang tahun Swarovski ke-125 tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar memperkenalkan tudung bawal termahal di dunia bernilai RM100,000 di sini sebentar tadi.

Tudung tersebut ditaburi 7,512 kristal Swarovski dan mengambil masa selama 320 jam untuk disiapkan seramai 12 pekerja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI