fbpx

Jenazah tujuh orang maut kemalangan selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh mangsa kemalangan maut di Simpang Pulai, Perak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah di Kulim sebentar tadi. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

KULIM – Jenazah tujuh orang daripada dua keluarga yang maut dalam kemalangan ngeri di Simpang Pulai, Perak pada semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah di Serdang di sini kira-kira pukul 8.30 malam ini.

Kesemua jenazah itu tiba di kawasan lapang bersebelahan tanah perkuburan dengan enam van jenazah mulai pukul 6.10 petang tadi.

Tujuh mangsa yang maut ialah pemandu, Mohd. Zairul Mat Isa, 34; ibunya, Fatimah Mat Isa, 68; isteri Mohd. Zairul, Noratiqah Abd. Hamid, 30 dan anak mereka, Nur Qaseh Damia, 4.

Tiga yang lain ialah sepupu Mohd. Zairul iaitu Hasliza Mahmud, 40; suaminya, Zulkifli; dan anak mereka, Mohd. Alif Firdaus, 3.

Solat jenazah yang diimamkan Imam Masjid Al-Abrar, Abd. Aziz Mahmud dilakukan di bawah khemah di sebelah tanah perkuburan sebelum ahli keluarga dan penduduk dibenarkan melihat jenazah.

Kesemua tujuh jenazah dikebumikan dalam satu kubur.

Kira-kira 1,000 orang memenuhi tanah perkuburan tersebut.

Terdahulu, kesemua mangsa yang maut dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini kira-kira pukul 5.30 petang itu, tujuh sekeluarga terbabit maut di lokasi kejadian.

Mangsa yang cedera pula ialah anak Mohd. Zairul iaitu Muhammad Haziq Zikri, 9, dan dua anak Hasliza iaitu Firash Mikael Azrie Shah, 11, dan Mohd. Shafiq Azrie shah, 16.

Kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Badlishah, Serdang selepas bercuti di Pulau Pangkor, Perak dan Cameron Highlands.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI