fbpx

60 pelajar asrama penuh diletakkan kawalan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Ibrahim meninjau sebuah sekolah menengah berasrama penuh di Kerdau selepas 60 pelajar mengalami simptom demam, batuk dan selesema, hari ini.

ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

TEMERLOH – Seramai 60 pelajar sebuah sekolah menengah berasrama penuh di Kerdau dekat sini diletakkan di bawah kawalan khas selepas mengalami simptom demam, selesema dan batuk.

Kesemua pelajar berkenaan juga telah melakukan saringan Covid-19 dan juga influenza oleh jabatan kesihatan negeri semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, sebagai langkah pemerhatian semua 39 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan berkenaan telah diasingkan.

“Menurut doktor semua terkawal. Semoga dengan bantuan awal ini situasi mereka dalam peliharaan Allah dan dijauhi dari segala yang tidak diingini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Syed Ibrahim, beliau bersama pelbagai pihak berkaitan telah hadir sama bagi memastikan keselamatan pelajar.

Katanya, bantuan awal seperti khemah dan baju keselamatan telah disediakan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dimaklumkan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Bahari Che Awang Ngah pihaknya menjangkakan kes tersebut adalah kes influenza.

“Kita tidak suspek Covid-19, bagaimanapun ujian Covid-19 dan influenza dibuat,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI