fbpx

Bersatu Klang dibubarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Bersatu Klang menyatakan sokongan kepada kepimpinan parti peringkat bahagian untuk menyertai parti baharu ditubuhkan Dr. Mahathir.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Klang dibubarkan secara rasmi hari ini selepas kepimpinan parti itu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan peringkat penaja.

Ketuanya, Datuk Syed Abdillah Syed Abdul Aziz berkata, secara automatiknya seramai 23 Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu turut meletak jawatan serta- merta.

“Tindakan ini dibuat selepas kecewa dengan pihak penaja yang memutuskan untuk menjalankan satu lagi pemilihan atas sebab tertentu dan tidak rasmi tanpa memaklumkan kepada kami.

“Ini berikutan pemilihan pucuk pimpinan di peringkat Cawangan dan Bahagian telah dilakukan pada 23 Februari lalu. Keputusan tidak rasmi yang diumumkan adalah satu kemenangan besar buat seluruh barisan yang dipertandingkan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Bersatu Bahagian Klang di Hotel Crystal Crown di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga kesal dengan pemilihan kedua pada 15 Mac dengan kewujudan pengundi hantu dan penipuan kad pengenalan sehingga tujuh ditahan reman polis.

Justeru itu, Syed Abdillah menjelaskan barisan kepimpinan Bersatu Klang akan memohon untuk menyertai parti baru yang ditubuhkan bekas pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kami sebulat suara memohon menjadi ahli parti baru itu.

“Kami kecewa dengan Bersatu sekarang yang semakin lari daripada wadah perjuangan Bersatu yang asal untuk menentang kleptokrasi,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI