fbpx

Bersembunyi dalam hutan elak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAPAN PATI yang menyorok dalam hutan untuk menyeludup keluar dari Malaysia berjaya ditahan ATM dalam OP Benteng di Desaru, Johor pagi tadi.

KUALA LUMPUR- Taktik sekumpulan PATI bersembunyi dalam hutan untuk menyeludup keluar dari Malaysia tidak menjadi apabila pergerakan mereka dikesan dikesan radar kenderaan berperisai Gempita daripada Batalion Kedua Kor Armor Diraja (KAD) pagi tadi.

Kesemua mereka ditangkap di sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Pertama (1 RRD) pukul 5 pagi tadi.

“Pasukan 1 RRD telah bertindak hasil maklumat melalui pengesanan radar Kenderaan Perisai  Gempita yang melaporkan kelihatan bot bergerak laju dari Punggai sedang menuju ke Desaru pukul 3.30 pagi.

“Anggota Pos Pemerhati melihat sebuah bot menghampiri persisiran pantai Tanjung Lompat, Desaru, Johor dipercayai untuk mengambil PATI dan mengesan beberapa kelibat pergerakan keluar dari semak menuju ke perairan,” menurut kenyataan itu.

Hasil serbuan yang dilakukan oleh anggota pos pemerhati telah berjaya menangkap seorang PATI yang baru turun dari bot tersebut dan bersembunyi di hutan berhampiran bersama lima PATI yang dipercayai sedang menunggu bot untuk pulang ke Indonesia.

Kumpulan menggeladah kemudian berjaya menangkap dua lagi PATI yang bersembunyi di kawasan hutan lebih kurang 600 meter daripada lokasi kejadian.

Keseluruhan tangkapan melibatkan lapan orang PATI terdiri daripada dua wanita dan enam lelaki berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun.

7. Antara yang turut dirampas adalah 11 buah telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM 6,885 dan  7,506,000 Rupiah  menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM15,000.

Kesemua PATI  diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI