fbpx
Gambar hiasan

MH8110 mendarat cemas di Oman, 278 jemaah haji selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Penerbangan KT051 (MH8110) yang membawa jemaah haji Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan mendarat di Muscat, Oman petang tadi susulan isu teknikal pesawat.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan memaklumkan, pesawat tersebut mendarat kira-kira pukul 4.11 petang waktu tempatan dan kesemua 278 jemaah berada dalam keadaan selamat.

Menurut TH, penerbangan berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.06 petang tadi dan dijadualkan tiba di Jeddah sekitar pukul 5.50 petang hari sama.

“Semua jemaah haji dilaporkan selamat dan pihak keluarga tidak perlu bimbang dengan keadaan mereka,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, pihak Amal by Malaysia Airlines akan menjalankan penilaian lanjut terhadap pesawat sebelum sebarang keputusan dibuat bagi meneruskan perjalanan ke Jeddah.

“Sekiranya perlu, semua jemaah akan ditempatkan di hotel terlebih dahulu sebelum perjalanan disambung,” jelasnya.

TH turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN