SAINGAN Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini semakin hampir ke penghujung, perebutan juara antara Arsenal dan Manchester City terus kekal ketika saingan berbaki empat perlawanan sahaja lagi. Bagaimanapun, untuk peminat Leicester City mereka masih bingung dan keliru mengenangkan nasib pasukan itu yang sebelum ini pernah mengejutkan dunia apabila merangkul gelaran EPL pada musim 2015/2016. Selepas momen istimewa tersebut, tujuh tahun kemudian pada musim 2022/23, Leicester terpaksa turun ke Liga Kejuaraan sebelum kembali ke saingan utama pada musim 2024/25, tetapi kegagalan…














