fbpx

Jun Hao mudah layak ke Divisyen 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HAO harap dapat meneruskan momentum kemenangan untuk perlawanan terakhir esok.

BEKAS juara perseorangan remaja Asia, Leong Jun Hao tidak berdepan masalah untuk mengesahkan tempat dalam perlawanan akhir Divisyen 2 sekali gus layak ke Divisyen 1 walaupun saingan masih berbaki satu perlawanan hari ini.

Kedudukan pemain berusia 21 tahun itu dalam ranking Divisyen 2 sudah tidak dapat dicabar sekiranya tewas dalam aksi terakhir hari ini kepada lawannya, Lim Chong King yang juga sudah mengesahkan tempatnya ke Divisyen 1.

Kejayaan itu hadir selepas Jun Hao berjaya mengalahkan dua pencabarnya dengan kemenangan 20-22, 21-12, 21-17 ke atas Wyman Goh sebelum mengambil masa 38 minit untuk menewaskan Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar 21-14, 21-18 di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara hari ini.

Mengulas lanjut, Jun Hao yang pernah memenangi pingat perak perseorangan remaja dunia, berpuas hati dengan prestasi semasa kerana berjaya mencapai sasaran ke Divisyen 1 Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia itu.

“Saya masih gembira dengan persembahan saya hari ini (semalam). Jadi saya harap dapat teruskan momentum ini untuk perlawanan terakhir esok.

“Sasaran saya dalam kejohanan ini ialah layak ke Divisyen 1 dan kalau boleh saya mahu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jun Hao kini berkongsi kedudukan sebagai pendahulu Divisyen 2 dengan lapan mata bersama-sama Chong King yang turut mencatat dua kemenangan semalam, 19-21, 21-16, 21-13 ke atas Ter Chun Long dan 21-16, 22-20 terhadap Wyman Goh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI