fbpx

Saya stabil, belum meninggal – Kumin KU2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMIN dibawa ke hospital dengan bantuan pasukan bomba.

KUALA LUMPUR- Penyanyi dan pengurus produksi, Kumin dikejarkan ke Hospital Ampang pada hari Jumaat pukul 5.50 petang akibat serangan penyakit angin pasang.

Kumin atau nama sebenarnya Khuzaimi Ismail,50, berkata pada mulanya dia cuma mengalami serangan asma ringan sebelum badannya menjadi kejang dan tidak boleh bergerak.

“Keluarga terpaksa meminta bantuan pertolongan pihak Bomba Pandan Indah kerana saya memang tidak boleh bergerak langsung untuk ke hospital dan mereka tidak mampu mengangkat saya yang mempunyai berat badan yang mencecah 160 kilogram (kg) ini.

“Sekarang doktor memberitahu keadaan saya stabil cuma kandungan air dalam badan sedikit berlebihan dan sedang dalam proses mengeluarkan cecair tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah bekas anggota kumpulan KU2 bersama Allahyarham Bob Kuman itu lagi, dia berkemungkinan akan ditahan di hospital bagi tempoh seminggu untuk pemantauan doktor.

“Baru sehari saya masuk hospital, sudah timbul khabar angin saya meninggal dunia tetapi saya tidak ambil hati.

“Isu ini sudah biasa berlaku sejak arwah Bob Kuman meninggal lagi jadi saya malas hendak layan,”ujarnya lagi.

KU2 yang pernah dianggotai Kumin dan arwah Bob Kuman adalah duo yang popular sekitar tahun 90-an malah pernah menghasilkan beberapa buah album seperti Evolusi (1994) dan The Best Of Ku2 (2001).

Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi meninggal dunia pada 2012 akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.

Terdahulu, berita Kumin dibawa ke hospital dengan pertolongan pihak bomba dikongsikan rakan artis, Yank Kassim menerusi Facebook.

Yank Kassim berkongsi berita Kumin (kiri) menerusi Facebook.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI