fbpx

Jangan lari daripada bayar hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
DALIZA ARIFFIN PENOLONG PENGARANG BERITA

 

Sejak empat bulan lalu, hati berbunga riang kerana sebahagian daripada rakyat Malaysia ‘bercuti’ daripada membayar pelbagai hutang institusi kewangan dan perbankan.

Komitmen bulanan hanya perlu difokuskan bagi membayar bil air, elektrik, pembetungan, telefon dan mungkin yuran persekolahan anak.

Baki tunai yang berlebihan di tangan sejak bulan April lalu semestinya banyak membantu rakyat Malaysia ketika ini bagi mengurangkan beban kewangan yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Melaluinya, ada yang bijak menguruskan kewangan dengan menambah simpanan dan mungkin ada yang ‘lepas geram’ membeli-belah serta pergi melancong.

Disebabkan fenomena tersebut, tidak hairanlah destinasi pelancongan domestik kini menjadi tumpuan dan lebih menarik hotel-hotel turut menawarkan promosi pakej percutian yang menarik serta mampu milik.

Ini merupakan perkembangan baik untuk proses pemulihan ekonomi negara.

Sepatutnya peluang daripada pelaksanaan moratorium tersebut perlu digunakan sebaiknya kerana ini adalah masa terbaik untuk kita menambah tabungan yang mungkin semakin surut ekoran virus Covid-19 ekoran pendapatan bulanan yang terjejas sebelum ini.

Mungkin perkara lain yang boleh dilakukan ialah melunaskan bayaran tunggakan yang selama ini kita terlepas pandang membayarnya seperti cukai pintu, bil telefon yang telah lama ditamatkan dan juga hutang kepada rakan, sahabat dan saudara mara.

Apa salahnya kita berkorban sedikit daripada baki tunai yang berlebihan itu dengan melangsaikan hutang lama. Pastinya usaha itu bakal menggembirakan pihak lain yang telah menunggu dan mungkin ketika ini, mereka pula berada dalam kesusahan.

Hubungi mereka dan berbincanglah secara baik-baik, janganlah kerana hutang maka terputus hubungan kawan dan juga silaturahim persaudaraan.

Memandangkan tempoh moratorium  masih berbaki dua bulan sebelum Oktober menjelma yang membuatkan rutin bulanan membayar hutang bank bakal bermula, maka rancanglah perbelanjaan dengan berhemah.

Masih ada masa lagi untuk menabung dan menambah simpanan dan lebih penting lagi, mulai Oktober ini, jangan pula ada yang terlalai dan cuba menyembunyikan diri daripada membayar hutang bank khususnya bagi mereka benar-benar berkemampuan dan masih makan gaji.

Bagaimanapun, buat mereka yang masih terkesan dengan bebanan kewangan yang berat, ada institusi kewangan yang bersedia menawarkan bantuan kepada mereka.

Lebih menarik, pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berhubung pelaksanaan melanjutkan moratorium dan bantuan bank bersasar bertepatan dengan waktunya dan ia memberi kelegaan kepada  golongan yang benar-benar memerlukan.

Namun, pada hakikatnya, hutang perlu dibayar, lambat atau cepat tempoh moratorium itu bakal berakhir, tanggungjawab dan amanah kita sebagai penghutang harus dipatuhi dengan sebaiknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI