fbpx
Mohd. Ali (dua dari kanan) pada majlis sambutan hari raya MBBC di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dialog Perniagaan Sarajevo platform perkukuh hubungan ekonomi Malaysia, Bosnia & Herzegovina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dialog Perniagaan Sarajevo 2026 (SBD 2026) telah dilancarkan dengan rasmi  bersempena majlis sambutan Hari Raya anjuran Majlis Perniagaan Malaysia-Bosnia & Herzegovina (MBBC) baru-baru ini.

Dialog itu adalah satu pencapaian penting bagi dewan perniagaan tersebut sebagai usaha  memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemangkin utama hubungan ekonomi Malaysia-Bosnia & Herzegovina di peringkat serantau dan global.

Menurut kenyataan yang diedarkan bersempena majlis tersebut,  Sarajevo Business Dialogue 2024, edisi 2026 bakal menjadi  platform yang lebih komprehensif dan berorientasikan hasil.

Ia turut mendapat sambutan baik dan bakal menghimpunkan ramai  peserta berprofil tinggi melibatkan wakil kerajaan, pemimpin industri, pelabur serta usahawan dari Malaysia, Bosnia & Herzegovina dan rantau Balkan secara keseluruhan.

“Inisiatif ini dilihat berpotensi besar dalam membuka peluang baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan serta kerjasama strategik rentas sempadan, selaras dengan aspirasi MBBC untuk memperluas jejaknya di peringkat antarabangsa,” katanya.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali  Mohd. Rustam merangkap Penaung MBBC.

Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha MBBC dalam memperluas kerjasama ekonomi serta memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Bosnia & Herzegovina.

Mohd Ali dalam ucapannya menegaskan kepentingan kerjasama strategik yang mampan serta peranan sektor swasta dalam merancakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN