fbpx
Mohammad Hamdan Wahid (tengah) memasangkan jalur gemilang pada salah satu aset milik JBPM pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2020 Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Ibu Pejabat Bomba, di sini, hari ini.

Tukar pendawaian lama elak kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pemilik bangunan lama yang diminta menukar sistem pendawaian, membuat konduit elektrikal dan mendapatkan nasihat profesional jika pendawaian didapati telah lama dan boleh mencetuskan kebakaran.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),  Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya boleh mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 8 Akta 341 jika punca kebakaran sehingga mengakibatkan kematian didapati berpunca daripada pendawaian elektrik lama.

“Jika didapati kebakaran itu boleh mengakibatkan kematian atau pendedahan risiko kepada nyawa, pihak bomba boleh mengambil tindakan segera ke atas bangunan-bangunan itu.

“Bagi bangunan selain bangunan ditetapkan (designated building) seperti rumah kedai misalnya, kita boleh Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) jika pendawaian elektrik lama dipercayai menjadi risiko kebakaran, kita boleh ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat JBPM di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan mendapati sistem pendawaian lama merupakan antara punca berlakunya kebakaran di kebanyakan bangunan kedai lama di negeri itu.

Sehubungan itu, pengarahnya, Hamdan Ali berkata, pendawaian elektrik di kedai-kedai lama perlu dinaik taraf, bagi memastikan tidak berlakunya kejadian seperti itu. – K! ONLINE

POPULAR