fbpx

Pesakit Covid-19 rogol gadis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan seorang doktor wanita (depan) bersama sejumlah pesakit Covid-19 di Pusat Penjagaan Covid Sardar Patel di bandar Chhatarpur, negeri Madhya Pradesh, India. – DAILYMAIL/HINDUSTANTIMES

MADHYA PRADESH – Seorang gadis berumur 14 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol di sebuah pusat rawatan dan kuarantin Covid-19 terbesar India, menurut laporan portal berita CNN.

Timbalan Komisioner Polis Delhi, Parvinder Singh berkata, suspek lelaki berusia 19 tahun itu juga merupakan salah seorang pesakit Covid-19 di pusat sama.

“Kedua-dua mereka tidak saling mengenali. Kejadian rogol berlaku di satu tempat terpencil di dalam pusat berkenaan. Seorang rakan suspek berumur 20 tahun turut bersubahat dalam kejadian tersebut,” katanya.

Mangsa dan suspek bersama rakannya itu disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin di Pusat Penjagaan Covid Sardar Patel di bandar Chhatarpur di sini.

“Gadis itu mendakwa, rakan suspek membuat rakaman video kejadian rogol menggunakan telefon bimbit. Kami masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu,” katanya.

Perkara itu terbongkar selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan pada 16 Julai lalu. Polis kini menyiasat kes itu di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual.

Parvinder mengesahkan suspek sudah ditahan dan menjalani rawatan pengasingan di hosptal kerajaan di bawah tahanan reman. Mangsa turut dipindahkan ke hospital kerajaan lain untuk rawatan.

India merupakan antara negara dengan kes Covid-19 tertinggi dunia iaitu lebih 1.28 juta orang dijangkiti virus pembunuh itu, menurut statistik Universiti Johns Hopkins.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI