fbpx
Barang rampasan kes pecah tapak pencawang telekomunikasi.

Geng pecah masuk tapak pencawang, curi komponen tumpas enam suspek ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Kegiatan kumpulan penjenayah yang dipercayai aktif memecah masuk tapak pencawang telekomunikasi di sekitar Nilai dan mencuri komponen tumpas apabila enam individu termasuk dua wanita ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Johari Yahya berkata, siasatan awal mendapati kumpulan itu bertindak secara terancang dengan memecah masuk pencawang telekomunikasi, mencabut komponen peralatan sebelum dijual di pasaran besi buruk bagi mendapatkan keuntungan.

“Bertindak atas maklumat seramai enam suspek terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita warga tempatan berumur lingkungan 30-an hingga 40-an telah ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Nilai dan Mantin semalam dan hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Johari berkata, kesemua mereka ditahan susulan laporan polis diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai berhubung kejadian pecah masuk di tapak pencawang pemancar telekomunikasi di Tangki Air Syatikat Air Negeri Sembilan (Sains) Nilai Spring, Villa Desa Casia, Bandar Baru Nilai lebih kurang pukul 7.17 malam semalam.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati pintu caging Remote Radio Unit (RRU), milik syarikat telekomunikasi telah dipecah masuk dan beberapa peralatan telah hilang dipercayai dicuri.

“Hasil tangkapan tersebut, pihak polis turut merampas beberapa unit peralatan telekomunikasi termasuk Huawei RRU, Quad Band Combiner, serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah selain kenderaan yang digunakan oleh suspek,” katanya.

Jelas Johari, semakan rekod lampau mendapati sebahagian besar suspek mempunyai rekod jenayah dan kesalahan dadah terdahulu, termasuk kes berkaitan kecurian, samun serta kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN