fbpx

Orang KL, Sarawak umur panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dua negeri mencatatkan jangka hayat ter­tinggi untuk golongan lelaki dan wanita iaitu Sarawak dan Kuala Lumpur mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dikeluarkan kelmarin.

DOSM melalui Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2018-2020 memaklumkan, jangkaan hayat tertinggi untuk golongan lelaki Sarawak sekitar (74.6 tahun) dan Kuala Lumpur (74.5 tahun), manakala bagi wanita Kuala Lumpur (79.4 tahun) dan Sarawak (78.4 tahun).

Selain dua negeri ini, Selangor turut mencatatkan jangka hayat yang tinggi bagi lelaki iaitu (73.8 tahun), manakala bagi wanita, Pulau Pinang turut mencatatkan jangka hayat tinggi iaitu 78.9 tahun.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin menerusi laporan itu juga turut memaklumkan, bayi yang lahir pada tahun ini boleh hidup sehingga berumur 74.9 tahun, hampir lima bulan lebih lama berbanding bayi lahir pada tahun 2014 iaitu 74.5 tahun.

Katanya, secara purata, jangkaan hayat bagi bayi perempuan yang lahir pada 2020 adalah 77.6 tahun.

Katanya, ia lima tahun lebih lama berbanding bayi lelaki iaitu 72.6 tahun.

“Pada tahun ini, lelaki dan wa­nita yang mencecah umur 15 tahun masing-masing dijangka hidup selama 58.4 dan 63.2 tahun.

“Jangkaan hayat bagi lelaki yang kini berumur 60 tahun mening­kat selama 18.4 tahun lagi, manakala bagi wanita pula 21.2 tahun,” katanya menerusi laporan tersebut.

Berdasarkan anggaran penduduk pada tahun ini juga, beliau berkata, penduduk berusia 60 tahun dan ke atas meningkat kepada 3.5 juta orang, berban­ding sebanyak 3.4 juta pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI