fbpx

Suri rumah didakwa ugut jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Aini (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat ugutan jenayah terhadap jirannya.

MARANG – Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat ugutan jenayah terhadap anak jirannya pada minggu lalu.

Tertuduh, Noor Aini Mohammad, 35, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nur Ain Engku Muda.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mengugut untuk mencederakan seorang wanita berusia 25 tahun yang juga anak jirannya dengan sebilah parang.

Noor Aini didakwa melakukan perbuatan tersebut di hadapan rumah mangsa yang terletak di Taman Sri Payong, Padang Mengkuang di sini pada pukul 6.45 petang 13 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Difahamkan kejadian berpunca daripada salah faham selepas Noor Ain menyangka mangsa memarahi anak perempuannya selepas kucing peliharaan mereka memasuki rumah jirannya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI