fbpx

Seramai 85,516 murid sekolah rendah di P. Pinang mula sesi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Pendidikan Negeri, Abdul Rashid Abdul Samad (kiri) tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seramai 85,516 murid Tahun 1 hingga 4 di 271 buah sekolah di Pulau Pinang kembali memulakan sesi pembelajaran hari ini selepas tiga bulan tidak hadir ke sekolah akibat pandemik COVID-19 sejak 24 Mac lalu.

Pengarah Pendidikan Negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, pihaknya mendapati ke semua 399 buah sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pematuhan Covid-19.

Menurut beliau, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan tiada penularan wabak itu di sekolah termasuk penjarakan sosial guru dan murid.

“Kita dapati semua berada di landasan yang betul dan tidak ada ketidakpatuhan yang berlaku sejak sesi persekolahan bermula 24 Jun lalu.

“Pihak JPN akan memastikan tagline sifar Covid-19 kluster sekolah di Pulau Pinang akan dicapai dengan mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pembukaan semula persekolahan di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist di sini pagi tadi.

Dalam pada itu, bagi memastikan SOP dipatuhi sepanjang sesi persekolah berlangsung, JPN telah menubuhkan sebuah kumpulan pemantau iaitu pegawai prosa (program sekolah angkat) di setiap sekolah.

Pada 24 Jun lalu, seramai 18,066 pelajar Tingkatan Lima dan 2,215 pelajar Tingkatan Enam semester dua di Pulau Pinang kembali memulakan pengajian. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI