fbpx

Pusat jagaan kluster Covid-19 dilarang terima pelawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan.

Oleh MASTURAH SURADI

JOHOR BAHRU – Pusat jagaan warga emas di Taman Megah, Kluang yang dikategorikan sebagai kluster baharu Covid-19 dilarang menerima pelawat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata, penghuninya juga tidak dibenarkan keluar dari pusat itu.

“Pihak polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan membuat pemantauan berkala bagi meningkat keselamatan di kawasan pusat jagaan berkenaan.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat pula membantu dalam pengurusan pembelian keperluan harian setiap penghuni,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Vidyananthan berkata, langkah pembendungan dan kawalan jangkitan telah dijalankan seperti prosesnyah kuman dan nyah cemar di pusat penjagaan tersebut.

Bagaimanapun, kata beliau, punca jangkitan kluster di pusat jagaan tersebut masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI