Gambar hiasan.

Polis perketat kawalan Ambang Merdeka di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan pemantauan di kawasan tumpuan orang ramai dan lokasi dikenal pasti sebagai hotspot jenayah sempena sambutan Ambang Merdeka 2026.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, langkah berkenaan dilaksanakan menerusi Op Pencegahan Jenayah bagi memastikan keselamatan orang ramai sepanjang sambutan berlangsung.

Menurutnya, operasi itu turut memberi fokus kepada usaha mencegah serta membanteras kegiatan jenayah di sekitar ibu negara.

“PDRM melaksanakan Op Pencegahan Jenayah bersempena Sambutan Ambang Merdeka 2026 dengan memberi tumpuan kepada pemantauan kawasan hotspot, lokasi tumpuan orang ramai dan usaha mencegah serta membanteras jenayah di sekitar ibu kota.

“Selain itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) akan menguruskan kawalan lalu lintas di beberapa lokasi tumpuan utama seperti Dataran Merdeka, KLCC dan Sunway Velocity,” katanya.

Fadil berkata, lokasi berkenaan dijangka menjadi tumpuan orang ramai pada malam sambutan, termasuk bagi menyaksikan pertunjukan bunga api dan persembahan dron di Menara Kuala Lumpur.

Beliau berkata, penugasan anggota trafik akan turut dipertingkatkan bagi memastikan aliran lalu lintas di sekitar lokasi terbabit berjalan lancar sepanjang sambutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN